“Nak bawa jumpa ke?” – Pilihkan Tudung, Netizen Agak Syed Saddiq Nak Bawa Bella Jumpa Umi?

Entertainment
7 Mar 2025 • 3:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nampak gayanya, pasangan kegilaan masa kini, Bella Astillah dan Syed Saddiq sekali lagi mendapat perhatian netizen.

Terbaru, penyanyi berasal dari Sabah serta Ahli parlimen Muar itu dilihat bersama ke Butik Ariani, meskipun ia kedengaran biasa namun pasangan yang juga dikenali sebagai BASS ini membuatkan ramai terharu kerana mereka ingin membelikan tudung buat ibu kepada Syed Saddiq.

Apa yang membuatkan ramai tak keruan, Bella dilihat seakan sudah tahu jenis tudung yang biasa dipakai oleh umi kepada Syed Saddiq.

Mulanya, kelihatan Syed Saddiq seperti tidak begitu arif dalam memilih tudung buat uminya, namun tanpa berfikir panjang, Bella dengan tenang menjawab jenis tudung yang biasa dipakai oleh umi Syed Saddiq kepada pemilik jenama Ariani, Datin Seri Farah Haryani.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang ‘cair’ dengan reaksi serta lenggok badan kedua-dua mereka, malah ada juga yang membuat andaian kemungkinan Syed Saddiq akan akhirnya membawa Bella untuk bertemu dengan uminya.

image is not available

Makin manis pula BASS ni, kasi jadi lah YB!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.