“Menganjing PS ke?” – Influencer Dikecam Buat ‘Parody’ Puteri Sarah Di Mahkamah

Entertainment
9 Mar 2023 • 4:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Macam yang korang tahu, Isnin lalu Puteri Sarah telah memberitahu media bahawa suaminya Syamsul Yusof enggan menjatuhkan talak ekoran mengatakan yang hubungan mereka berdua masih ada sinar.

Jelasnya ramai yang bersimpati dengan nasib pelakon ini yang gagal untuk menuntut penceraian pada hari pertama prosiding dijalankan.

Just let me go Mohd Syamsul

Macam yang korang tahu juga, video temubual Puteri Sarah ini juga telah viral di media sosial apabila dia meminta agar suaminya itu melepaskannya selepas setahun mereka tidak berhubung.

Namun begitu, di TikTok seorang influencer telah membuat parody temubual Puteri Sarah ini dengan melakonkan semula menggunakan audio asal.

“Menganjing PS ke?”

Video yang mendapat lebih 259,000 tontonan ini telah mendapat kecaman dari netizen yang rata-ratanya merasakan wanita ini sengaja mempergunakan kesengsaraan yang dihadapi oleh Puteri Sarah untuk dijadikan konten.

image is not available

“Kalau uols xsuka saya xkisah”

Bagaimanapun, selepas dikritik dan dinasihatkan untuk tidak menggunakan kes Puteri Sarah sebagai konten, influencer ini mengatakan yang dia telah pun mendapat izin dan tak kisah jika orang tak suka dengan videonya ini.

image is not available

Kalau betul dia dah mintak izin dan diizinkan takpelah kan?

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.