“Nak berkempen biar berhemah sikit” – Yana Najib Buka Mulut Isu Bapa Masuk TV

Entertainment
25 Oct 2022 • 12:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kini sedang hangat diperkatakan mengenai kemunculan Bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak di kaca TV, ianya menjadi pertikaian kerana kita semua sedia maklum bahawa Najib Razak kini sedang menjalani hukuman penjara di Kajang.

Memandangkan ia mengundang pelbagai reaksi netizen, anaknya Nooryana Najwa Najib menerusi Instagram Story tampil memberi respon berkenaan dengan isu ini.

 

Nak berkempen biar berhemah sikit – Yana Najib

Yana ada kongsikan satu foto tweet daripada seorang individu yang mengatakan bahawa rakaman itu dibuat sebelum Najib dipenjarakan dan ianya disokong oleh Yana, dengan menasihatkan sesetengah pihak agar berkempen dengan penuh berhemah.

image is not available

Sebelum ini pihak Jabatan Penjara Malaysia telah tampil memberikan keterangan mengenai penyiaran video ini. Malah hasil semakan telah mendapati bahawa video tersebut untuk rancangan Kembara Keluarga Malaysia Episod 57, ia telah ditayangkan di TV1 pada 24 Oktober lepas.

Lahh, ada je point, rakaman je pun, kalau live tu lain lah kan.

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.