“Nak bina masjid kecil, pusat tahfiz” – Nabil Ahmad Tunai Hajat Ibu Jadikan Rumah Pusaka Sebagai Madrasah

Entertainment
20 Jun 2025 • 4:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad baru-baru ini berkongsi mengenai hasrat menjadikan rumah milik keluarganya di Mambau, Negeri Sembilan sebagai madrasah.

Itu merupakan hajat ibu Nabil yang ingin melihat rumah pusaka tersebut menjadi tempat orang ramai mendalami ilmu agama.

“Pada suatu hari, emak meluahkan hasrat untuk saya jadikan rumah pusaka sebagai madrasah orang mengaji dan tempat majlis berkaitan agama.

“Emak harap madrasah itu akan menjadi bekalan buat dia dan adik-beradiknya memandangkan tanah itu adalah milik mereka,” katanya.

Walaupun perancangan asal sepatutnya bermula lebih awal, namun beberapa kekangan menyebabkan projek ini hanya dapat dimulakan awal tahun depan.

Nabil turut merancang membina masjid kecil di atas tanah seluas satu ekar setengah itu, termasuk cadangan membina pusat tahfiz.

“Sebagai permulaan, kami hanya ambil pelajar lelaki sahaja. Untuk kelas mengaji, kita tawarkan kelas percuma,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

Mahu lahirkan lebih ramai golongan tahfiz

Tambahnya lagi, tujuan keluarganya membuka pusat tahfiz adalah bagi melahirkan lebih ramai golongan yang menghafal al-Quran.

Pelajar tahfiz di situ akan dihantar belajar hingga ke universiti luar negara seperti Al-Azhar dan mereka mahu pelajar ini menjadi pengajar pula selepas tamat pengajian.

Untuk memastikan kelancaran projek, Nabil turut mendapatkan nasihat daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bagi proses wakaf tanah dan pembinaan madrasah.

Justeru, dia berharap orang ramai orang ramai dapat membantu dan mendoakan projeknya itu lancar dan dipermudahkan.

Nabil juga mengalu-alukan kepada sesiapa yang berniat untuk sama-sama menyumbang projek ini.

Semoga usaha dan niat murni Nabil sekeluarga dipermudahkan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.