“Nak Buat Suami, Mestilah Pilih Yang Sesuai” – Perkongsian Amira Othman Jadi Tumpuan

EntertainmentLifestyle
9 Sep 2025 • 11:47 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebuah video perkongsian penyanyi Amira Othman mengenai bakal suaminya kembali mencuri perhatian ramai.

Menerusi podcast ‘Bukak Mulut’, Amira atau nama penuhnya Nadia Amira Othman, 32, menegaskan bahawa pemilihan pasangan hidup yang tepat sangat penting sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Katanya, soal jodoh adalah ketentuan Allah dan tidak dapat dijangka, namun sebagai manusia, kita pasti mengharapkan yang terbaik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Audio+ (@myaudioplus)

Jelas penyanyi itu,

Kalau nak dijadikan suami, sudah tentu kita mahukan yang sesuai. Sama juga dengan lelaki, pasti dia mencari isteri terbaik untuk dirinya.

Amira turut menolak tanggapan bahawa dirinya terlalu cerewet dalam soal pasangan, sebaliknya dia hanya tahu apa yang serasi dengan dirinya serta mengutamakan restu keluarga. Katanya,

Memilih bukan bermaksud berlebih-lebihan. Kita kenal diri sendiri dan apa yang sesuai. Biarlah lambat asalkan selamat.

Terdahulu, pelakon Fattah Amin mengejutkan ramai apabila membuat pengumuman istimewa di majlis pelancaran lagu baharu Amira bersama adiknya, Irfan Haris berjudul ‘Rasa & Takdir’. Pada acara itu, Fattah mengakui hubungan mereka dan mendedahkan pasangan itu bakal bernikah pada 14 September, yang juga merupakan tarikh lahirnya.

image is not available 2025-09-09 11:35:30

Rakan Baik, Sissy Iman Bakal Jadi Pengacara Di Majlis Perkahwinan Fattah Amin & Amira Othman