“Nak Jadi Orang Gaji Boleh?” – V BTS Dedah Reka Bentuk & Hiasan Dalam Rumah Mewahnya

11 Jan 2024 • 1:23 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Cantiknya rumah V BTS!

Dalam episod terbaru siri dokumentari BTS ‘BTS Monuments: Beyond The Star’, V telah mendedahkan kepada peminat reka bentuk dan hiasan dalam rumah mewahnya.

Menerusi siaran tersebut, peminat dapat melihat susun atur rumah idola itu, dari ruang tamunya yang luas hingga ke kawasan dapur.

Ketika sedang membuat ‘house tour’, V juga turut berkongsi perasaannya tinggal bersendirian kini,

Patutkah saya kata saya bosan? Sungguh meriah ketika saya tinggal dengan ahli lain. Tetapi sekarang saya bersendirian, saya tidak banyak bercakap. Saya suka bersendirian, tetapi saya agak bosan.

Kemudian, idola itu turut berkongsi bahawa dia juga turut terlibat membuat hiasan di dalam rumahnya,

Saya membuat reka bentuk dalaman sendiri. Saya belajar reka bentuk dalaman selama kira-kira 6 bulan. Saya menghasilkan reka bentuk dan meminta seseorang untuk membuatnya.

Memang serba boleh tau V ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.