Nak Letak Nama Cucu ‘Bawal’, Hantaran Haliza Maysuri Undang Perhatian Netizen- “Jangan Aneh-Aneh Puan”

19 Mar 2026 • 10:03 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Tular di media sosial apabila pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri memuat naik satu hantaran bertanyakan sama ada nama “Bawal” boleh didaftarkan untuk cucunya.

Dalam hantaran tersebut, beliau dilihat meminta pandangan khususnya daripada individu yang bekerja di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung perkara itu.

Advertisement

image is not available

“Siapa kerja JPN kat sini? Nak tanya sikit. Kalau saya nak namakan cucu saya Bawal boleh daftar ke atau tak boleh? Mohon pencerahan.”

Perkongsian itu bagaimanapun mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet, termasuk kritikan terhadap seorang individu yang cuba membantu menjawab persoalan tersebut.

@halizamaysuri

Lagu raya paling syahdu tahun ini. #dayangnurfaizah

Ada yang berpendapat tindakan bertanya secara terbuka di platform media sosial berhubung perkara rasmi seperti penamaan anak sepatutnya dirujuk terus kepada pihak JPN bagi mendapatkan jawapan yang lebih tepat.

image is not availableimage is not available

Namun begitu, setakat ini tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak JPN mengenai sama ada nama “Bawal” boleh diluluskan atau sebaliknya, memandangkan setiap permohonan nama tertakluk kepada garis panduan dan pertimbangan tertentu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-03-18 13:09:19

Nurin Alisa Perjelas Video Bayar Zakat Fitrah, Niat Hanya Mahu Dapatkan Kepastian - "Saya Pembayar Tunggal Sejak.."

The post Nak Letak Nama Cucu ‘Bawal’, Hantaran Haliza Maysuri Undang Perhatian Netizen- “Jangan Aneh-Aneh Puan” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.