Haliza Maysuri Ajak Ibu Hamil Dikasari Kerana Ayam Gepuk Datang Rumah -“Saya Masakkan”

18 Mar 2026 • 5:08 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Berita seorang wanita hamil yang didakwa dikasari suami hanya kerana mengidam ayam gepuk mengundang perhatian ramai, termasuk usahawan Haliza Maysuri yang tampil menunjukkan keprihatinan.

Simpati nasib wanita hamil

Menerusi hantaran di Threads, Haliza secara terbuka mengajak wanita tersebut datang ke rumahnya, malah menawarkan diri untuk memasakkan hidangan ayam gepuk.

“Allahuakbar, sedihnya baca ibu mengandung cuma teringin ayam gepuk, tapi dibalas dengan pukul dan cekik. Mana perikemanusiaan.

“Kalau ibu ini nampak hantaran saya, marilah datang rumah. Saya masakkan ayam gepuk. Boleh makan sekali dengan menantu saya yang memang suka ayam gepuk sejak dia hamil cucu pertama saya,” tulisnya.

image is not available

Harga tak seberapa, tergamak suami pukul

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi wargamaya yang rata-ratanya meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan nasib wanita tersebut.

image is not available

Sedih dengan kejadian tersebut

image is not available

Baiknya hati puan

image is not available

Terdahulu, kejadian dilaporkan berlaku di Flat Sri Sabah, Cheras pada Rabu lalu apabila permintaan mangsa untuk makan ayam gepuk mencetuskan pertengkaran sebelum suaminya bertindak agresif.

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Mohd Rosdi Daud, insiden sekitar jam 3.30 petang itu berlaku ketika mangsa berusia 34 tahun meminta suaminya membelikan makanan berkenaan kerana mengidam.

Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Sumber: Threads Haliza Maysuri 

The post Haliza Maysuri Ajak Ibu Hamil Dikasari Kerana Ayam Gepuk Datang Rumah -“Saya Masakkan” appeared first on Borak Daily.