'Nak masuk Thailand, ‘study’ dulu undang-undang negara orang' - Polis Kelantan

19 Aug 2026 • 12:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Nak masuk Thailand, ‘study’ dulu undang-undang negara orang' - Polis Kelantan
Mohd Yusoff melepaskan peserta konvoi motosikal berkuasa tinggi pada Aktiviti Riadah Bermotosikal/Sumbangan Kebajikan PDRM Bersama Ipoh Super Biker’s Club Sempena Sambutan Hari Polis Ke-219 Dan Program Flag Off Sempena Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Tahun 2026 Di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan pada Rabu. Foto Bernama

KOTA BHARU - Peserta konvoi motosikal dari Malaysia yang memasuki Thailand dinasihatkan supaya terlebih dahulu ‘study’ dan memahami undang-undang tempatan bagi mengelak dikenakan tindakan atas kesalahan lalu lintas, kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Menurut beliau, pengguna jalan raya perlu menyedari bahawa peraturan di negara lain tidak semestinya sama dengan undang-undang yang ditetapkan di Malaysia.

Tambah beliau, ia termasuk perkara berkaitan pengubahsuaian motosikal yang mungkin dibenarkan di Malaysia, namun boleh menjadi satu kesalahan di negara lain.

"Tak kiralah, sebab itu nak masuk negara orang kena belajar dulu undang-undang negara orang macam mana.

"Kadang-kadang tidak sama dengan negara kita. Dari sudut undang-undang dia, betul tak? Dia tidak sama.

"Dari segi ubah suai motor, mungkin tempat kita kita rasa okey ubah suai macam ini, tapi tempat dia kita tidak tahu macam mana, boleh atau tidak boleh," katanya semasa sidang akhbar pada Rabu.

Sebelum itu beliau merasmikan Sambutan Hari Polis ke 219 dan Program Flag Off sempena Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Tahun 2026 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini.

Hadir sama, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad dan Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu tular membabitkan peserta konvoi motosikal Malaysia yang didakwa dikenakan saman atas kesalahan lalu lintas oleh pihak berkuasa Thailand.

Menurut Mohd Yusoff, setiap individu yang memasuki sesebuah negara perlu mematuhi undang-undang dan peraturan negara berkenaan, sama seperti pelawat dari luar yang berada di Malaysia.

"Begitu juga dia masuk sini pun dia kena patuh undang-undang kita. Kita masuk sana pun sama.

"Kena ikut peraturan negara tempatan, undang-undang tempatan di negara berkenaan," katanya.

Menurut beliau, selain peraturan lalu lintas, pemilik kenderaan juga perlu mengambil kira aspek lain termasuk dokumen dan perlindungan insurans sebelum membawa kenderaan memasuki negara jiran.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved