Bayi positif dua jenis dadah: Ibu dakwa ambil benzo untuk 'anxiety' - Polis Kelantan

LocalHealth & Fitness
19 Aug 2026 • 11:48 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Bayi positif dua jenis dadah: Ibu dakwa ambil benzo untuk 'anxiety' - Polis Kelantan
Mohd Yusoff (dua dari kiri) dan Alzafny (kiri) menyampaikan sumbangan pesakit kronik kepada kakitangan terpilih pada Sambutan Hari Polis ke 219 dan Program Flag Off sempena Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Tahun 2026 di IPK Kelantan di Kota Bharu pada Rabu. Foto: HAZELEN LIANA KAMARUDIN

KOTA BHARU - Ibu kepada bayi perempuan berusia lima hari yang disahkan positif dua jenis dadah mendakwa mengambil benzodiazepine (benzo) bagi merawat masalah anxiety yang dialaminya semasa mengandung.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, hasil ujian air kencing terhadap wanita itu setakat ini hanya mengesan benzo dan tidak menunjukkan kehadiran methamphetamine atau bahan lain.

"Ibu bayi berkenaan mengambilnya kerana anxiety, ubat anxiety. Jadi bila kita buat ujian urine test hari itu, keluarnya benzo sahaja, bukan meth atau apa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Hari Polis ke 219 dan Program Flag Off sempena Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Tahun 2026 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Rabu.

Hadir sama, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad dan Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin.

Terdahulu media melaporkan baru dilahirkan lima hari, namun seorang bayi perempuan mengejutkan petugas hospital apabila didapati positif dua dadah jenis amphetamine dan benzodiazepines.

Dua bahan terlarang itu dikesan ketika bayi itu menjalani saringan air kencing di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pada 6 Ogos lalu.

Lebih mengejutkan apabila siasatan mendapati bayi itu terdedah kepada bahan terlarang berkenaan ketika masih dalam kandungan.

Mohd Yusoff memberitahu, wanita itu sudah ditahan bagi membantu siasatan, namun pihaknya belum boleh mengesahkan sama ada dia seorang penagih dadah atau sebaliknya.

"Setakat ini, bila kita urine test, itulah hasilnya. Bukan kata dia penagih," katanya.

Dalam pada itu, ujar beliau, punca bayi berkenaan positif dua jenis bahan iaitu amphetamine dan benzodiazepines masih dalam siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved