Nak menangis rasa tapi sebagai atlet terpaksa telan -- Pemain kebangsaan

4 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Nak menangis rasa tapi sebagai atlet terpaksa telan -- Pemain kebangsaan

Tekong utama negara, Syahir Rosdi, tekad akan terus berusaha mengharumkan nama Malaysia menerusi sukan sepak takraw selepas kejayaan merangkul emas acara regu berpasukan di Sukan Asia Aichi-Nagoya baru-baru ini.

Kejayaan menamatkan penantian 36 tahun itu menyaksikan skuad Golden Tigers menerima insentif tunai menerusi Skim Hadiah Kemanangan Sukan (SHAKAM) sebanyak RM15,000 seorang, serta RM80,000 bagi acara individu.

"Ya Allah, nak menangis rasa tapi sebagai atlet terpaksa telan. Penantian emas Sukan Asia berpasukan 36 tahun mendapat RM15,000 seorang daripada penyerahan insentif SHAKAM . Manakala untuk emas sukan individu RM80,000 seorang.

"Pengorbanan dan tekanan yang sama dihadapi . pingat emas yang diraih juga sama untuk dibanggakan . Terima kasih Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia - PSM sentiasa memberi sokongan didalam dan luar gelanggang.

 

 

"Terima kasih juga untuk rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa berkorban tenaga, masa dan keringat untuk mencapai sebutir emas.

"Walau apa pun yang terjadi, kami sebagai pemain sepaktakraw Malaysia akan terus berusaha untuk tetap menjaga nama baik sukan ini dan terus meningkatkan prestasi dari masa ke semasa.

"Tiada apa yang dapat menghalang kami untuk berputus asa menaikkan sukan sepaktakraw di Malaysia. Keranamu Malaysia." katanya di laman Thread.

Syahir merupakan tonggak utama negara yang memacu negara meraih emas regu berpasukan lelaki selepas menewaskan Thailand 2-0 dalam pentas akhir Sukan Asia pada September lalu sekali gus mengulangi pencapaian dalam edisi Sukan Asia Beijing pada 1990.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved