“Nak panggil abang ke abah?” – Netizen Terkejut Umur Lelaki Ini Hampir Sebaya Dengan Bakal Bapa Mentua

Entertainment
30 May 2024 • 2:31 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selain rezeki, jodoh juga adalah ‘rahsia’ Allah yang kita tidak tahu siapa pasangan ditakdirkan sebagai teman hidup sehinggalah tiba masa untuk mendirikan rumah tangga.

Baru-baru ini, sebuah perkongsian di TikTok telah menarik perhatian ramai tentang perbezaan umur seorang lelaki ini dengan bakal bapa mentuanya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik lelaki yang dikenali sebagai Zack, dia kini berusia 39 tahun manakala bakal bapa mentuanya berusia 44 tahun.

Klip video itu memaparkan detik dia selamat mengikat tali pertunangan bersama gadis pilihannya yang berusia 19 tahun dalam sebuah majlis sederhana.

Dalam pada itu, Zack mengucapkan syukur memiliki bakal ibu dan bapa mentua yang baik walaupun jarak usia mereka hampir sebaya.

“Alhamdulillah ,dapat bakal mak bapak mertua baik pun satu rezeki,” tulisnya di ruangan kapsyen video.

@z_bolkiah

Alhmdulillah ,dapat bakal mak bapak mertua baik pon satu rezeki #fypシ #tunang #mertua

♬ Bismillah Cinta – UNGU & Lesti

“Awet muda betul!”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat jarak umur antara lelaki itu dengan bakal bapa mentuanya yang berbeza hanya lima tahun.

Malah, apa yang membuatkan ramai tidak percaya apabila wajahnya kelihatan lebih muda berbanding usianya.

Sementara itu, netizen juga terhibur kerana salah faham dengan video pertunangan yang dikongsikan.

image is not available image is not available

Bila hampir sebaya ni, mungkin lagi akrab hubungan antara anak dan bapa mentua, kan?

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.