Niat Peniaga Nak Bagi Free Dekat Ibu Hamil, Tapi Ada Yang Berkeras Minta Sampai 5 Bungkus Makanan?

Entertainment
14 Feb 2024 • 4:49 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang TikToker terkejut apabila ada seorang pelanggan yang berkeras mahukan makanan yaang dijualnya secara percuma, kisahnya bermula apabila TikToker yang dikenali sebagai @_shafiqnizamini ada menjual makanan cube popis di sebuah Food Festival baru-baru ini.

Dalam beberapa hari ia dijalankan, Shafiq ada membuat pengumuman untuk memberikan makanan yang dijualnya itu secara percuma kepada ibu mengandung.

Namun begitu, ada seorang ibu hamil ini salah tafsir apa yang dia maksudkan, ketika gerai itu didatangi oleh wanita ini, Shafiq mendakwa wanita itu mahukan 5 bungkus makanan itu secara percuma.

Terkejut dengan permintaan wanita itu, Shafiq menjelaskan bahawa makanan percuma itu khusus untuk ibu mengandung itu sahaja dan dihadkan untuk satu bungkus sahaja.

“Ya memang saya ada beritahu ibu mengandung datang dapat percuma, maksud saya macam tu kalau akak datang dengan husband akak, akak beli 2, saya akan bagi free satu, bermakna satu tu untuk akak, yang husband akak punya tu kena bayar.”

“Hari ini ada satu kejadian, akak tu dia nak beli 5, dia mengandung, nampak perutnya, lepastu aku dah bagi dia, so aku kira total tu 4 je lah sebab satu lagi free, lepas dia kata aik? Awak kata free?”

Tergamam dengan kenyataan wanita itu, Shafiq menjelaskan hal sebenar, namun dia dipersalahkan semula kerana tidak beritahu awal-awal.

Enggan memanjangkan isu, Shafiq hanya berikan sahaja kesemua bungkusan makanan itu kepada wanita tersebut.

Video yang telah meraih 1.4 juta tontonan ini telah mengundang komen sinis netizen buat wanita terbabit dan ada yang melabelkan bahawa wanita itu sengaja ambil kesempatan.

image is not available image is not available

Kalau ikut logik, orang berniaga bagi free takkan lah sampai banyak tu. Lagi satu takkan lah sampai nak ambil 5, tak segan ke?

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.