Nak pesanan Shopee sampai sebelum raya? Boleh pesan sebelum tarikh ini

1 Apr 2024 • 9:34 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Hari Raya semakin hampir dan dengan itu, Shopee telah berkongsikan jadual operasi syarikat logistik mereka bagi menampung penghantaran yang lancar untuk semua pengguna di Malaysia. Jika anda mahukan pesanan sampai sebelum raya, anda perlu membuat pesanan sebelum tarikh-tarikh cut-off, iaitu tarikh penghantaran parcel kepada syarikat kurier.

Ini kerana, Shopee memaklumkan tarikh cut-off adalah tarikh penghantaran akhir untuk parcel dijamin sampai ke rumah pengguna sebelum raya. Namun, ianya berbeza mengikut syarikat kurier dan lokasi. Anda boleh rujuk gambar di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Di samping itu, perlu diingatkan juga bahawa terdapat perubahan pada jadual operasi kurier semasa tempoh Jualan 4.4 dan juga sewaktu tempoh raya. Kebanyakan kurier bakal tidak beroperasi selama dua hari, iaitu pada hari pertama raya dan kedua raya. Untuk lebih jelas, anda boleh lihat gambar di bawah.

Oleh itu, jika anda ada merancang untuk berbelanja barangan raya di Shopee sekarang, pastikan anda memesannya dengan cepat, sebaik-baiknya sebelum tibanya minggu raya untuk mengelakkan barang anda sampai lewat. Untuk tahu lebih lanjut berkenaan pengumuman Shopee, anda boleh layari laman mereka di sini.

[Sumber: Shopee]

Bacaan berkaitan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved