“Nak selfie tapi kena terkam” – Tular Wanita China Diserang Harimau Bintang Ketika Cuba Berswafoto

31 Jan 2026 • 5:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Seorang wanita cedera selepas diserang seekor harimau bintang (snow leopard) apabila cuba mendekati haiwan liar itu untuk berswafoto.

Kejadian yang tular di media sosial itu dilaporkan berlaku di sebuah destinasi ski popular di Koktokay Township, daerah Fuyun, Wilayah Autonomi Xinjiang Uygur, pada 23 Januari lalu.

Menurut laporan media luar negara, mangsa terserempak dengan harimau bintang berkenaan ketika sedang bermain ski sebelum turun dari kenderaannya dan menghampiri haiwan itu untuk mengambil gambar.

“Bagaimanapun, sebaik berada pada jarak kira-kira tiga meter, harimau bintang tersebut secara tiba-tiba menerkam dan menyerang mangsa.

“Akibat serangan itu, wanita berkenaan mengalami kecederaan serius pada bahagian muka dan kepala,” katanya.

image is not available
Gambar yang sempat diambil wanita berkenaan sebelum diterkam harimau bintang.

Artikel berkaitan: Perangkap Berjaya, Perhilitan Tangkap Harimau Kumbang Di Bukit Bangkong

Artikel berkaitan: Dokumen Kelahiran Pemain Warisan Harimau Malaya, Facundo Garcés Tular

Situasi bagaimanapun berjaya dikawal apabila orang awam serta seorang jurulatih ski bertindak pantas menghalau haiwan liar tersebut, sekali gus menyelamatkan mangsa daripada kecederaan lebih parah.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Rakyat Daerah Fuyun untuk mendapatkan rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Pihak berkuasa memaklumkan topi keledar ski yang dipakai mangsa dipercayai menjadi faktor utama yang mengurangkan tahap kecederaan dialami.

Susulan insiden itu, rondaan keselamatan di kawasan berkenaan telah dipertingkatkan dan pelancong dinasihatkan supaya tidak mendekati haiwan liar, walaupun untuk tujuan mengambil gambar.

Orang ramai turut diingatkan agar sentiasa mematuhi garis panduan keselamatan ketika berada di kawasan habitat hidupan liar.

Sumber: The Economic Times

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.