
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kadangkala disebabkan perangai tidak bertanggungjawab rakan sepasukan di universiti, markah kita sendiri yang boleh terjejas sebagai contoh, hilang peluang untuk mendapatkan anugerah dekan.
Puncanya apa? Ahli kumpulan yang tak mahu beri kerjasama, dan selalu culas terhadap tugasan masing-masing selain asyik mengharapkan ahli lain untuk menyelesaikannya.
Kesudahannya, ‘free rider’ ini dapat markah yang sama dengan rakan lain yang beri usaha 100% terhadap tugasan berkenaan.
Pelajar Universiti Keluarkan Nama Rakan Dari Tugasan Kumpulan
Bagaimanapun, seorang pelajar universiti dikenali sebagai Adrian baru-baru ini telah mengambil langkah berani dengan menyingkirkan nama ahli kumpulan daripada tugasan kerana tidak membantu atau menyelesaikan kerja yang ditetapkan.
Menerusi tangkap layar perbualan Telegram yang dikongsikan di Threads, kelihatan Adrian telah menghubungi rakan seuniversiti namun panggilan tersebut tidak dijawab.
Mungkin berang dengan sikap rakan yang tidak responsif, Adrian mengambil keputusan untuk tidak lagi memasukkan nama rakannya itu dalam group assignment. Erti kata mudahnya, kena ‘kick’.
Ahli Kumpulan Masih Tak Serahkan Kerja Walaupun Tugasan Kena Submit Dalam Masa 1 Jam
Jelas Adrian dalam perbualan tersebut, waktu menghantar tugasan akhir adalah tepat pada 12 tengahari. Namun pada jam 11 pagi, rakannya itu masih tidak menyerahkan tugasan bahagiannya.
“Kau sedar tak aku kena buat part kau waktu last minute ni? Aku betul-betul tak percaya kau boleh benda ni (tak siapkan tugasan). Aku ada masa tu jam je nak siapkan semuanya, dan kau masih tak reply (mesej).
“Aku siap kasi peluang untuk kau submit kerja pagi ni tapi kau bazirkan (peluang). Aku minta maaf aku tak ada pilihan lain selain keluarkan nama kau dari assignment ni,” katanya.
Ahli Kumpulan Terus Balas Mesej Lepas Sebut Nama Akan Dikeluarkan Dari Tugasan
Kurang dari lima minit, rakan terbabit terus membalas mesej Adrian dan memberi alasan sudah terlajak tidur kerana penat bekerja pada hari sebelumnya.
“Sorry saya terlajak tidur, semalam kerja full (sepenuh masa). Kejap saya buat,” ujarnya.
Bagaimanapun, Adrian tidak memberi peluang lagi kepada ahli berkenaan.
“Tak perlu, aku tak boleh ambil risiko lagi. Tinggal berapa minit je lagi, kalau aku suruh kau buat, kau akan kasi part AI (tugasan dijana AI). Tak perlu, terima kasih,” katanya.
View on Threads
Rakan Guna ChatGPT Untuk Buat Tugasan
Difahamkan Adrian berbuat demikian selepas dia sebelum ini ada berkongsi bahawa rakannya itu menggunakan AI (kecerdasan buatan) untuk menyiapkan kerja.
Malah dia juga meminta tolong Adrian untuk membetulkan bahagiannya kerana dia sedang bekerja. Tetapi Adrian mendapati kerja yang dilakukannya 97% diambil ChatGPT.
View on Threads
Ramai Puas Hati Adrian Berani Kick Ahli Kumpulan Yang Tak ‘Function’
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai puas hati melihat Adrian mengambil keputusan tersebut bahkan berpendapat ahli kumpulan sepatutnya mengutamakan tugasan berkumpulan sebelum bergerak ke tempat kerja.
“Keputusan yang bagus. Awak tak perlukan free loader dalam group tu. Dah tahu ada assignment kenapa tak siapkan dulu sebelum pergi kerja? Melampau,” kata seorang wanita.
Malah ramai juga memuji tindakan pelajar universiti itu kerana memberi penjelasan yang baik walhal rakan kerja sudah menguji kesabaran dan membuat hal.
“Dia sepatutnya rasa bersyukur sebab awak masih terangkan kepada dia dengan hormat. Berani dia kekal tenang walaupun dah kasi stres dekat orang lain,” ujar seorang pengguna Threads.
Bekas Pelajar Universiti Kongsi Pengalaman Hadap Karenah ‘Free Rider’
Sementara itu, ada juga bekas pelajar berkongsi pengalaman mereka mengeluarkan nama rakan dari tugasan kumpulan.
“Saya pernah buat sekali masa belajar. Ya, orang kena buat kerja dia. Saya buat hampir semua kerja dia dan tugasan dia hanya cari video berkaitan untuk letak dalam slide jadi nanti masa bentangkan, dia boleh present je video yang dia cari.
“Dia hanya kena download video. Present tu lepas makan tengahari. Tapi before makan, turun dekat kafe cuba cari dia, dah call banyak kali tak angkat dan ya, saya remove nama dia. Masa masuk kelas, dia duduk sebelah saya dan cakap kau ada call aku eh? Aku sakit perut tadi,” kongsi seorang wanita.
Jangan Jadikan Kerja Alasan Tak Siap Group Assignment – Netizen
Ada juga warganet yang memberi pesanan agar tidak menjadikan ‘kerja’ sebagai alasan untuk tidak menyiapkan tugasan hakiki sebagai seorang pelajar.
“Benci gila yang buat alasan sibuk uruskan program, kerja la. Kamu sebagai pelajar, belajar tu keutamaan walau macam mana sekali pun. Buat to do list dan siapkan assignment, lagi-lagi tugasan group,” tegur seorang lelaki.
Berikut antara komen-komen netizen:





Baca Artikel Berkaitan: “Dia Sempat Hantar” – Rakan Sebak, Bentang ‘Assignment’ Tanpa Arwah Dalila [Video]




