“Nak ubah jadi Anwar Tax sekalipun, letaklah” – Akmal Saleh gesa kembalikan semula GST

LocalPolitics
10 Sep 2026 • 3:02 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pemuda UMNO menggesa kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebagai langkah meningkatkan hasil pendapatan negara, selain menggantikan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Image from: “Nak ubah jadi Anwar Tax sekalipun, letaklah” – Akmal Saleh gesa kembalikan semula GST

Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berkata, kerajaan tidak seharusnya terlalu terikat dengan nama GST sekiranya mekanisme percukaian itu dilihat mampu memberikan manfaat kepada ekonomi negara.

Menurutnya, sistem berkenaan boleh sahaja diberikan nama baharu seperti “Anwar Tax” atau “Madani Tax”, asalkan mekanisme GST yang dilaksanakan adalah sama.

“Bila cakap buat macam-macam mesti ada duitnya, kalau kerajaan tiada duit tak boleh laksana, kita Pemuda (Umno) minta agar GST dilaksanakan semula utk gantikan SST.
“Dulu disebabkan GST mereka balun kita tak ingat dunia dan kita kalah, dan hari ni jadi kerajaan pakar ekonomi bagi tahu GST baik. Pada peringakat awal (kerajaan) tak setuju GST, lepas tu ubah sikit buat hybrid, tukar balik ke GST.
“Kami pemuda Umno sokong perkara baik, dia nak ubah menjadi Madani Tax ke, Anwar Tax ke, laksanakanlah,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar persidangan Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Turut hadir Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden.

Image from: “Nak ubah jadi Anwar Tax sekalipun, letaklah” – Akmal Saleh gesa kembalikan semula GST

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata kerajaan terbuka untuk mengkaji keperluan menggabungkan SST dan GST bagi menambah baik sistem percukaian negara ke arah sistem yang lebih progresif.

Anwar berkata, kerajaan perlu meneliti kelebihan yang ada pada kedua-dua sistem percukaian itu sebelum melakukan penyesuaian berdasarkan keperluan dan keadaan semasa.

Mengulas perkara itu, Dr Akmal berkata kesediaan kerajaan untuk meneliti gabungan elemen terbaik daripada SST dan GST menunjukkan pendirian sebelum ini semakin berubah.

Artikel lain: Kerjasama BN-PH di Melaka? Akmal Saleh tetap bertegas, takkan bertanding!

Beliau menyifatkan perkembangan tersebut sebagai petanda bahawa ruang untuk mempertimbangkan semula GST kini semakin terbuka.

“Kalau dahulu pintu ditutup rapat tetapi hari ini dibuka sedikit demi sedikit, apakah namanya kalau bukan perubahan pendirian? Dan terbaru, Ahli Parlimen Kepong daripada DAP, Lim Lip Eng sendiri menyarankan supaya GST dikembalikan sekiranya lebih berkesan daripada SST.
“Katanya, kerajaan tidak perlu mencipta sistem hibrid yang rumit semata-mata mahu mengelakkan nama GST,” tambahnya lagi.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved