
Baru-baru ini hangat diperkatakan tentang isu seorang pempengaruh Islamik yang dikenali sebagai Alif Teega berkahwin kali kedua di Siam.
Oleh sebab nama Alif disebut-sebut, pengacara dan penyanyi Alif Satar turut menerima tempias daripada kontroversi berkenaan.
Menerusi satu hantaran di Platform X, seorang individu menyatakan Alif Satar tidak perlu memperbaiki diri dari segi aspek rumah tangga sebaliknya memberi penambahbaikan kepada francais makanan Pasta Panas.
"Satu benda Alif yang ni perlu perbaiki ialah portion Pasta Panas," tulis netizen tersebut.
The only thing this Alif needs to improve is portion for Pasta Panas. https://t.co/B6FQku9oR1
— Malissa (@malissaali) November 27, 2023


