Nama Daiyan Trisha Dipetik Netizen Isu Pelakon Diburu Bank Negara, Ini Respon Tuan Badan

Entertainment
25 Oct 2023 • 10:36 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sebelum ini kami ada melaporkan yang seorang pelakon wanita telah menarik perhatian pihak Bank Negara apabila menunjukkan kekayaan di media sosial dan nama Daiyan Trisha dipetik netizen. Biar betul?

Bukan tu jer, lebih mengejutkan apabila hasil siasatan mendapati hasil kekayaan pelakon wanita itu disyaki datang dari aktiviti cuci duit haram.

Daiyan tidak berdiam diri dan meluahkan perasaan sedih dan menafikan dakwaan itu apabila namanya dipetik.

Menerusi aplikasi X, Daiyan memuat naik satu hantaran dengan menulis pantun yang memberi maksud keburukan fitnah.

image is not available

Setakat ini identiti pelakon itu masih belum didedahkan lagi jadi janganlah menuduh sesiapa ya.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.