Nama Isteri ‘Dipetik’, Suami Nora Danish Bagi Amaran Keras Dekat Sarah Yasmine?

Entertainment
29 Apr 2024 • 11:20 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Daripada kes Aliff Aziz, isu yang tercetus daripada Sarah Yasmine ini dilihat sudah makin meleret sehinggakan ramai nama artis terpalit.

Antaranya, Tom dan Fuad, Anna Jobling, Meerqeen, Sophia Albarakbah, Emma Maembong, Chacha Maembong dan terkini pula Nora Danish.

Nama pelakon tersebut ‘dipetik’ oleh Sarah Yasmine menerusi satu mesej perbualan yang kini tular di X dan didedahkan oleh seorang individu yang kononnya mendakwa Sarah sebagai ‘gila populariti’.

Ia telah membuatkan suami kepada Nora Danish iaitu Nedim Nazri rasa terpanggil untuk tampil bersuara menerusi IG Story miliknya. Dia memberikan amaran keras untuk tidak memetik nama isterinya itu sewenang-wenangnya atau bakal rasai akibatnya jika terus bertindak sedemikian.

image is not available

Sebelum ini, ramai artis telah tampil bersuara kerana nama mereka telah disebut oleh wanita itu, ia susulan dengan kontroversi berkenaan dengan kecurangan Aliff Aziz terhadap Bella Astillah yang dikatakan ada menjalinkan hubungan dengan kawan baik Bella iaitu Ruhainies.

Sumber : X, IG Story

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.