Nama klasik kembali popular, Eliana masuk senarai 10 teratas

Family & Parenting
5 Nov 2026 • 7:40 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Nama klasik kembali popular, Eliana masuk senarai 10 teratas

WASHINGTON – Nama bayi klasik kembali menjadi pilihan ibu bapa di Amerika Syarikat (AS) apabila Evelyn, Eliana dan Elias berjaya menduduki senarai 10 nama bayi paling popular pada tahun ini, lapor saluran berita Mirror UK.

Menurut platform keibubapaan BabyCentre, Evelyn menduduki tangga kesembilan bagi kategori bayi perempuan, manakala Eliana berada di kedudukan kedua.

Evelyn yang sebelum ini lebih dikenali sebagai nama lelaki dan nama keluarga kini semakin popular sebagai nama bayi perempuan.

Bagi kategori bayi lelaki, Elias  memasuki senarai 10 teratas buat kali pertama dengan menduduki tangga ketujuh, manakala nama Elijah berada di kedudukan keempat.

Elias yang pernah popular pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 kini kembali mendapat perhatian, seiring nama klasik lain seperti Silas, Theodore dan Arthur. – AGENSI

The post Nama klasik kembali popular, Eliana masuk senarai 10 teratas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved