Bekas Anggota BIGBANG, Seungri Sahkan Sudah Berkahwin, Bakal Timang Anak Pertama

Entertainment
28 Oct 2026 • 4:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Bekas anggota kumpulan K-pop popular BIGBANG, Seungri mengejutkan ramai apabila mengesahkan dirinya sudah berkahwin secara sah dan bakal bergelar bapa pada awal tahun depan.

Seungri atau nama sebenarnya Lee Seung-hyun, 36, dilaporkan telah mendaftarkan perkahwinan bersama isterinya yang kini sedang hamil dan dijangka melahirkan bayi lelaki pada Januari 2027.

Advertisement

Pengakuan itu dibuat susulan laporan awal yang mendakwa pasangan berkenaan merancang untuk berkahwin selepas kelahiran anak pertama mereka.

Seungri bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa perkahwinan tersebut berlaku disebabkan kehamilan isterinya.

Menurutnya, perkara itu merupakan urusan peribadi dan dia kurang selesa untuk berkongsi maklumat lanjut mengenai kehidupan rumah tangganya.

Bekas penyanyi itu turut menjelaskan bahawa dia dan isterinya tidak mempunyai perancangan untuk mengadakan majlis perkahwinan buat masa ini.

Isteri Seungri Dijangka Bersalin Januari 2027

Menurut laporan media Korea Selatan, pasangan berkenaan kini sedang membuat persiapan bagi menyambut kelahiran anak pertama mereka.

Isterinya yang bukan selebriti dilaporkan sedang hamil bayi lelaki dan dijangka bersalin pada Januari 2027.

Pasangan itu juga dilaporkan telah menetap di sebuah kediaman di Gangnam, selatan Seoul.

Dalam pada itu, Seungri menyatakan bahawa tanggungjawabnya kini semakin besar selepas mendirikan rumah tangga dan bakal menjadi seorang bapa.

Dia juga berharap orang ramai dapat menghormati privasi keluarganya, memandangkan isteri serta ahli keluarganya bukan individu dalam industri hiburan.

Seungri Pernah Terpalit Skandal Burning Sun

Seungri yang memulakan kerjaya bersama BIGBANG pada 2006 sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila terpalit dengan skandal Burning Sun sehingga mengambil keputusan meninggalkan kumpulan tersebut dan bersara daripada industri hiburan pada 2019.

Bekas penyanyi itu kemudiannya disabitkan dengan beberapa kesalahan termasuk mengatur kegiatan pelacuran dan perjudian berulang kali.

Pada 2022, Mahkamah Agung Korea Selatan mengekalkan hukuman penjara selama 18 bulan terhadapnya sebelum dia dibebaskan pada Februari 2023 selepas selesai menjalani hukuman.

Selain itu, Seungri turut berdepan aduan polis pada Ogos lalu berhubung dakwaan melakukan ugutan dan serangan terhadap seorang lelaki di sebuah restoran di Gangnam.

Bagaimanapun, wakil guamannya menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa Seungri tidak menyerang atau mengugut individu berkenaan. Pihaknya juga memaklumkan akan memberikan kerjasama dalam siasatan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Bekas Anggota BIGBANG, Seungri Sahkan Sudah Berkahwin, Bakal Timang Anak Pertama2026-10-28 15:21:30

Mengadu Tak Sihat, Tun Dr Mahathir Bergegas Pulang Sebelum Majlis Tahlil Isteri Tercinta

The post Bekas Anggota BIGBANG, Seungri Sahkan Sudah Berkahwin, Bakal Timang Anak Pertama first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved