Nama Richard Chin cetus fenomena di China

17 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Nama Richard Chin cetus fenomena di China

Daripada tonggak pertahanan kepada penyerang, Richard Chin buktikan kemampuan serba boleh dengan dua gol buat Harimau Malaya

Nama Richard Chin menjadi sebutan selepas pemain warisan berusia 24 tahun itu meledak dua gol untuk membantu Harimau Malaya menewaskan Yaman 2-1 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Guangdong, China.

Menariknya, kejayaan itu hadir selepas Tan Cheng Hoe membuat percaturan dengan memberikan tanggungjawab lebih ke hadapan kepada pemain Ross County berkenaan, yang sebelum ini turut dikenali dengan kemampuan beraksi di posisi pertahanan.

Keputusan taktikal itu ternyata membuahkan hasil apabila Richard bukan sahaja membuka tirai jaringan, malah sekali lagi menghukum kesilapan penjaga gol Yaman untuk menggandakan kelebihan Malaysia kepada 2-0.

Walaupun Yaman berjaya merapatkan jurang menerusi jaringan Rauf Al-Sheraji, dua gol Richard sudah cukup untuk memastikan Harimau Malaya membawa pulang kemenangan.

Kejayaan itu juga menjadi detik istimewa buat Richard apabila membuka akaun jaringan bersama skuad kebangsaan, sekali gus memberikan gambaran awal mengenai potensi yang mampu disumbangkannya kepada pasukan.

Persembahan cemerlang pemain muda itu turut mendapat perhatian Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol yang menzahirkan ucapan tahniah atas sumbangannya.

“Tahniah buat Richard atas aksi yang cemerlang, terima kasih atas perjuangannya buat Harimau Malaya,” kata Mordi.

Kemenangan itu pastinya menjadi suntikan moral buat skuad negara selepas tewas 0-2 kepada China dalam aksi pertama, sebelum bangkit menamatkan siri persahabatan berkenaan dengan keputusan positif.

Buat Richard, dua jaringan tersebut bukan sekadar angka di papan keputusan, sebaliknya satu permulaan bermakna dalam usahanya mengukuhkan kedudukan bersama Harimau Malaya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved