“Nama saya Malaysia” – Pelancong Dari Amerika Jatuh Hati Dengan Malaysia

Entertainment
2 Jul 2024 • 10:59 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Malaysia sememangnya indah, kita dikurniakan dengan pemandangan yang cantik serta makanan yang sangat sedap.

Baru-baru ini, tular sebuah video di aplikasi TikTok yang memaparkan seorang pelancong dari Amerika Syarikat yang mempunyai nama yang begitu unik iaitu Malaysia.

Perkongsian oleh @pgmn_gogogo itu membuatkan ramai terpegun dengan keunikan nama wanita itu, dia juga berkongsi dia tidak mempunyai apa-apa jangkaan sebelum datang ke Malaysia namun selepas datang ke sini, dia amat terpegun dengan kecantikan serta budaya di tanah air kita ini.

“Nama saya Malaysia, saya dari Amerika. Pertama kali ke Malaysia, sangat menakjubkan dan sangat cantik. Orang-orang di sini juga baik.

Makanan juga sangat bagus, budaya di sini sangat mengalu-alukan. Saya tak letakkan apa-apa jangkaan sebelum datang ke Malaysia dan ternyata ia melebihi daripada jangkaan,” katanya.

Ramai netizen yang berasa ingin tahu dengan nama unik wanita dari Amerika itu namun menjengah ke ruangan komen, pemilik video itu memberitahu bahawa nama ‘Malaysia’ merupakan sesuatu yang biasa di Amerika.

image is not available

Malah, dia juga sempat berseloroh mengapa dia bertandang ke Malaysia dan dia menjawab ‘kerana ia nama saya’!

Comel betul!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.