Nama Tauke Jambu Terkait Dengan Isu Pelawak Ditahan Mer*gol Wanita, Ini Respons Tuan Badan…

30 Nov 2024 • 8:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Berita mengenai seorang pelawak ditahan polis selepas dipercayai merogol seorang gadis berusia 20-an di sekitar Johor Bahru, Johor, pada Khamis lalu mendapat perhatian ramai.

 

Rata-rata netizen di platform media sosial memulakan ‘operasi’ mencari identiti pelawak tersebut dan beberapa nama komedian mula menjadi bualan.

 

Nama pelawak Tauke Jambu antara salah seorang yang disebut netizen di laman sosial.

Tak melatah

Tidak melatah dengan perkara itu, Tauke bagaimanapun hanya memuat naik video memperlihatkan dia sedang menjawab beberapa panggilan telefon.

Menerusi perkongsian itu juga, Tauke memberitahu namanya sentiasa menjadi perhatian ramai pihak setiap kali ada isu melibatkan pelawak.

 

“Bila ada isu melibatkan ‘pelawak’, aku (jawab panggilan telefon),” kongsi Tauke.

 

Bagaimanapun terdapat netizen yang meluahkan rasa simpati dengan Tauke yang kerap menjadi mangsa fitnah setiap kali ada kontroversi melibatkan pelawak.

 

Menerusi laporan Gempak pada Khamis, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya mengesahkan penangkapan tersebut. 

 

Katanya suspek lelaki berusia lingkungan 40-an ditahan di sekitar bandar raya ini pada awal pagi Khamis.

 

Sebelum ini, pelawak tersebut pernah terlibat dalam beberapa program di negeri ini sebagai pengacara majlis.

 

Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bahru, Muhammad Fitri Mokhtar.

@taukejambu77 AHAD ni di wisma Al ULUM KAJANG JAM 3 PETANG aplikasi selesai masalah kewangan!!! bentuk diri bentuk keluarga..@Al Ulum iMart & Cafe ♬ original sound - taukejambu77