'Nama saya Entah binti Ta’tahu'

13 Aug 2026 • 3:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Nama saya Entah binti Ta’tahu'
Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said (kiri) ketika menyantuni wanita warga emas, Entah binti Ta’tahu.
Image from: 'Nama saya Entah binti Ta’tahu'
MyKad wanita berkenaan yang tertera nama Entah binti Ta’tahu.
Image from: 'Nama saya Entah binti Ta’tahu'
Wanita yang menetap di Kuala Krau, Temerloh, Pahang itu memperkenalkan namanya ketika berbual dengan Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said.

PETALING JAYA – Nama seorang wanita warga emas, Entah binti Ta’tahu, mencuri perhatian pengguna media sosial selepas kisah mengenai namanya dikongsikan di TikTok.

Wanita yang menetap di Kuala Krau, Temerloh, Pahang itu memperkenalkan namanya ketika berbual dengan Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said.

Ismail kemudian memuat naik video pertemuan tersebut menerusi akaun TikTok miliknya, selain menunjukkan MyKad wanita berkenaan yang tertera nama Entah binti Ta’tahu.

**media[3613982]**

“Anak-anak Gen Z tak caya (percaya) bila koi kabo (saya bagitahu). Nah Mak Cik Entah bawa keluar IC (kad pengenalan). Nama unik ni satu je dalam Malaysia,” katanya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial, malah ada yang turut menceritakan pengalaman mempunyai ahli keluarga dengan nama yang dianggap unik.

**media[3613988]**

Pengguna bernama K Fiys berkongsi cerita yang pernah didengarnya ketika kecil mengenai seorang bayi yang didakwa diberikan nama ‘Entah binti Tak Tahu’.

“Arwah mak saya pernah cerita ada orang nama ‘Entah Tak Tahu’. Kejadian berlaku sebab jururawat tu tanya nama bayi baru lahir. Maknya jawab Entah Tak Tahu. Jadi misi tu tulis la nama Entah binti Tak Tahu.

“Cerita tu dengar waktu kecil, tapi baru sekarang jumpa orangnya. Allahuakbar,” katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved