Namewee Dipercayai Ada ‘Hubungan Istimewa’ Dengan Pempengaruh Taiwan Yang Maut

LocalEntertainment
11 Nov 2025 • 5:39 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pengarah dan penyanyi rap, Wee Meng Chee atau Namewee kini berada di bawah siasatan polis berhubung kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan yang ditemui meninggal dunia di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur pada 22 Oktober lalu.

Namewee punyai hubungan istimewa dengan mangsa sejak di luar negara

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata hasil siasatan awal mendapati Namewee dipercayai mempunyai hubungan istimewa dengan mangsa sejak di luar negara sehingga kejadian berlaku di Malaysia.

image is not available

“Dia dipercayai mempunyai hubungan istimewa dengan mangsa, tetapi siasatan masih diteruskan. Keterangan Namewee sudah direkodkan bagi membantu siasatan,” katanya.

Artikel lain: ‘Saya Tak Larikan Diri’ – Namewee Tampil Serah Diri, Bantu Siasatan Kematian Pempengaruh

Menurut beliau, polis masih menunggu laporan lengkap bedah siasat termasuk keputusan ujian toksikologi sebelum mengambil tindakan lanjut. Bagaimanapun, setakat ini, siasatan berjalan positif dan Namewee memberikan kerjasama penuh.

“Kita akan teruskan siasatan berdasarkan bukti sedia ada dan akan mengemukakan cadangan pertuduhan kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik kertas siasatan lengkap,” ujarnya.

image is not available

Fadil turut memaklumkan, mayat mangsa masih belum dituntut oleh keluarga dan terdapat individu yang cuba untuk menuntut jasad mangsa, namun tidak dibenarkan kerana tiada pengesahan kebenaran.

Polis meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai keluarga mangsa suapaya tampil untuk memudahkan tindakan lanjut.

image is not available

Semalam, reman Namewee, 42, dilanjutkan tiga hari lagi sehingga 13 November bagi membantu siasatan kes kematian pempengaruh berusia 31 tahun itu.

Namewee sebelum ini hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi memberi keterangan berkaitan kes.

Sumber: Berita Harian (Noor Hidayah Tanzizi)

The post Namewee Dipercayai Ada ‘Hubungan Istimewa’ Dengan Pempengaruh Taiwan Yang Maut appeared first on Borak Daily.