Nampak ‘baby bump’, netizen dakwa Neelofa hamil anak ketiga?

19 Jun 2026 • 2:53 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa menjadi perhatian ramai apabila perkongsian terbaharunya menjadi spekulasi  apabila didakwa kini sedan hamil cahaya mata ketiga.

Hamil anak ketiga

Image from: Nampak ‘baby bump’, netizen dakwa Neelofa hamil anak ketiga?

Screenshot

Menerusi hantaran berkenaan, Neelofa, 37, berkongsi beberapa keping foto bagi mempromosikan semula minuman berperisa pisang keluaran jenamanya yang bakal kembali berada di pasaran selepas beberapa tahun.

Namun, perhatian pengikut tidak hanya tertumpu kepada produk yang dipromosikan. Sebaliknya, ramai yang mendakwa terlihat perubahan pada bahagian perut Neelofa yang dipercayai menyerupai ‘baby bump’.

Image from: Nampak ‘baby bump’, netizen dakwa Neelofa hamil anak ketiga?

Susulan itu, ruangan komen dipenuhi pelbagai reaksi daripada netizen yang mula membuat andaian mengenai kemungkinan isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu sedang berbadan dua.

Malah, rata-rata pengikut turut meluahkan keterujaan serta mengucapkan tahniah lebih awal sekiranya khabar angin mengenai kehamilan tersebut benar.

Lain ditunjuk lain yang nampak

Image from: Nampak ‘baby bump’, netizen dakwa Neelofa hamil anak ketiga?

Lofa preggy lagi

Image from: Nampak ‘baby bump’, netizen dakwa Neelofa hamil anak ketiga?

Yay dah bumil

Image from: Nampak ‘baby bump’, netizen dakwa Neelofa hamil anak ketiga?

Artikel lain: Neelofa akui tak mudah tinggalkan dunia glamor, pilih hidup tenang selepas jadi isteri

Walau bagaimanapun, sehingga kini Neelofa masih belum memberikan sebarang kenyataan atau pengesahan berhubung dakwaan yang hangat diperkatakan dalam kalangan netizen.

Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris, yang lebih dikenali sebagai PU Riz, pada Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, pasangan tersebut dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.

Sumber: Instagram neelofa