
Baru-baru ini telah digemparkan apabila penyanyi senior dari kumpulan Indigo iaitu Bad, telah menghembuskan nafas terakhir buat selamanya di tempat kerjanya sekitar 7 malam hari Khamis.
Oleh itu, video terkini yang dimuat naik olehnya telah membuat peminat sebak memandangkan itu akan menjadi kali terakhir orang ramai mendengar arwah menyanyi secara live walaupun hanya beberapa saat ketika memberi teaser lagu barunya, Izinkan Aku.
Sekarang jangan ganggu saya, selamat tinggal.
@badindigo.official Naza Ria pula kali ni buat 40% stiffer. Tonton video Vios sini @Bad Indigo #reiberauto #reiberremap #whackthecorner #feelthepower #fyp #nazaria ♬ original sound – Bad Indigo
Walaupun ungkapan itu hanya lah gurauan bagi mempromosikan absober kereta di kedainya, namun ia tetap menyayat hati seolah-olah telah tahu dirinya akan pergi tak lama lagi.
Pada masa yang sama, video di TikTok tersebut telah meraih hampir 400K penonton dan beratus komen yang ditinggalkan oleh warganet. Rata-rata mendoakan arwah supaya ditempatkan di kalangan orang yang baik-baik.
Semoga Abang Bad tenang di sana.
View this post on Instagram
A post shared by Badrul Izhan Yeop Abdullah (@bad.indigo_official)
Sebelum ini, penyanyi dan juga bekas isteri kepada Bad, Ashira telah menyatakan rasa terkejut apabila dikhabarkan bekas pasangannya telah kembali ke Rahmatullah. Dia juga mengatakan mereka sudah lama lost contact semenjak berpisah.
Selain itu, kami sertakan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
(TAKZIAH) Bad Indigo Meninggal Dunia Di Tempat Kerja - "Dia Diberi Minum Air, Tiba-Tiba Dia Senyap..."
The post “Selamat Tinggal..” Peminat Sebak Bad Indigo Pergi Sebelum Sempat Keluarkan Lagu Baru first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


![[VIDEO] Minta Nak Tengok Gambar Jenazah Ibu, Netizen Sebak Lihat Reaksi Mangsa Nahas Kemalangan 6 Beranak Menangis](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)