“Nampak Lebih Fokus Pada Kerjaya Dan Anak..Syabas” – Video Nur Fazura Suap Makan Fatima Undang Komen Nakal Netizen

LocalEntertainment
17 Jan 2025 • 4:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Satu video memaparkan pelakon terkenal, Nur Fazura dan juga anaknya Fatima Aisya sedang bersama-sama menikmati hari menjadi sorotan netizen di media sosial TikTok.

Dalam video tersebut, Fazura dilihat sedang asyik menyuap anaknya makan namun di ruangan komen, lain pula yang ‘dipetik’ netizen.

Tulis netizen, Fazura dilihat lebih mengutamakan anaknya dan kerjaya selain bebas gosip dan kontroversi jika nak dibandingkan dengan bekas suami, pelakon Fattah Amin.

Ayah sibuk mengayat cari calon, ibu sibuk menggembirakan anak.

Namun, ada juga yang berpendapat bahawa Fattah hanya berkelakuan begitu atas tuntutan kerja semata-mata.

Terdahulu, Nur Fazura dan Fattah Amin telah sah bercerai talak satu pada Oktober tahun lalu setelah 7 tahun berumah tangga.

Hasil perkongsian hidup, mereka berdua dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 days ago

"Hari Yang Dinanti-Nantikan Sudah Tiba.." - Nur Fazura