Netizen Pertikai Beri Anak Makanan Korea, Ryzal Ibrahim Tak Berdiam Diri - “Nak Mencarut Tak Baik, Tapi Saya Bagi…”

14 Jan 2025 • 11:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Perkongsian pasangan pempengaruh Ryzal Ibrahim dan isterinya, Maryam Younarae mengenai anak mereka iaitu Rina sentiasa mendapat perhatian netizen di laman sosial.

Netizen pertikai

Terbaharu, video Rina sedang menikmati makanan tradisi Korea iaitu Jjajang Tteokpokki menerima komen negatif daripada individu yang mempertikaikan tindakan pasangan itu menghidangkan juadah tersebut.

 

“Patut kau dah masuk Islam bagi anak makanan tekak Melayu. Kesian dekat anak bagi makan macam-macam.

 

“Ajar la Rina bacaan doa makan tu betul-betul baru sedap didengar… dia dah mula membesar,” tulis individu tersebut.

Balas komen

Tidak hanya berdiam diri, Ryzal kemudian membalas komen tersebut dengan nada sinis.

 

“Kebodohan ni tiada cuti. Hari Ahad pun dia sapu. Saya nak mencarut tak baik, tapi saya bagi perumpamaan sama. Bila dah Melayu patut letaklah gambar profile kain batik ke songkok ke, bukan gambar luar negara.

 

“Saya pun kesian, nama kita sama tapi sayang, kebodohan dapat dekat abang,” kata Ryzal.

Ajar anak doa

Malah personaliti media sosial itu turut memberitahu dia dan isteri mengajar anak mereka membaca surah Al-Baqarah sebelum makan.

 

“Biasa kami ajar Rina baca surah Al-Baqarah sekali dengan tarranum sebelum makan. Doa makan ni nanti kami ajar betul-betul,” ujarnya lagi.

 

Untuk info, Ryzal dan Maryam mendirikan rumah tangga pada 15 Ogis 2019 di Korea Selatan dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak perempuan.

Sekitar November lalu, pasangan itu mengumumkan bakal menimbang cahaya mata kedua tidak lama lagi.