Nampak moden, tetapi tergamak sihir rakan artis

Entertainment
4 Oct 2026 • 9:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Nampak moden, tetapi tergamak sihir rakan artis

Hendak percaya pun tidak berani, hendak kata tidak benar pula, katanya ada cerita yang menjadi bualan dan kononnya disertakan dengan bukti. Jadi, Cik Bunga dengar sajalah dahulu.

Cerita ini mengenai seorang pelakon yang memang cukup dikenali dengan penampilan yang sentiasa nampak bergaya.

Barang-barang yang digunakan pun bukan calang-calang, semuanya daripada jenama terkenal. Cara bercakap pula, boleh tahan ‘speaking’-nya, walaupun ada kalanya terselit juga kesalahan tatabahasa.

Pendek kata, kalau dilihat dari luaran, memang nampak begitu ‘classy’ dan moden. Tetapi, baru-baru ini Cik Bunga terdengar pula cerita yang sedikit berbeza mengenai pelakon ini.

Kononnya, berlaku sesuatu yang kurang enak melibatkan seorang rakan sendiri. Maksud Cik Bunga, tergamak menggunakan sihirlah! Ada yang mendakwa ia berpunca daripada rasa kurang senang atau cemburu, sehingga timbul pula cerita-cerita lain yang agak berat untuk didengar. Mengucap juga Cik Bunga dibuatnya.

Namun, Cik Bunga tidak mahu terlalu cepat percaya. Biasalah, cerita yang sampai ke telinga kadang-kadang sudah bercampur dengan macam-macam versi. Betul atau tidak, hanya mereka yang terlibat sahaja tahu cerita sebenar.

Cuma, kalau benar ada rasa tidak puas hati sesama kawan, sayang juga kalau hubungan yang sudah lama terjalin berakhir begitu sahaja.

Apatah lagi apabila terdengar cerita mengenai pihak yang dikatakan terpaksa berubat ke sana sini. Kalau benar perkara itu berlaku, kasihan juga Cik Bunga mendengarnya.

Apa pun, Cik Bunga harap janganlah ada sesiapa yang memilih jalan yang tidak baik hanya kerana rasa kecewa atau sakit hati. Kalau ada masalah, berbincanglah dengan baik.

Kadang-kadang perkara yang kecil pun boleh menjadi besar apabila masing-masing memilih untuk berdiam diri.

Dan kepada yang mendengar cerita seperti ini, jangan pula terlalu cepat membuat kesimpulan. Cik Bunga pun hanya berkongsi apa yang sampai ke telinga. Selebihnya, kita serahkan kepada mereka yang terbabit. Biasalah dunia selebriti, apa yang kita nampak di depan kamera tidak semestinya menceritakan keseluruhan kisah di belakang tabir.

The post Nampak moden, tetapi tergamak sihir rakan artis appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved