Nampak Pelik, Balutan Luka Pada Wajah Pesakit Ini Buat Netizen Geli Hati

Entertainment
13 May 2023 • 4:58 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang lelaki di China menjadi tular gara-gara balutan luka pada wajahnya menjadi bahan ketawa para pesakit lain di hospital.

Menurut Thaiger News, lelaki tersebut dibawa ke zon kecemasan di sebuah hospital setelah terlibat dalam satu kemalangan.

Wajahnya yang luka telah dirawat dan dibalut oleh doktor sebelum doktor berkenaan membenarkannya pulang ke rumah.

image is not available

Pada mulanya dia tak perasan dan pelik mengapa pesakit dan pengunjung lain di hospital itu mentertawakannya.

Namun, setelah dia melihat cermin, barulah dia perasan akan cara balutan lukanya yang kelihatan kelakar dan agak pelik.

Perkara itu telah menyebabkan pesakit tersebut malu, geram dan marah kepada doktor berkenaan. Malah, dia juga tergerak hati untuk menyaman doktor terbabit.

image is not available

Namun, setelah dipujuk oleh beberapa orang individu di hospital terbabit, barulah dia bertenang dan tidak lagi berniat untuk menyaman doktor tersebut.

Pekerja di hospital berkenaan juga mengatakan bahawa cara balutan itu sebenarnya akan memudahkannya untuk melihat, makan, bernafas dan bercakap seperti biasa walaupun dibalut.

Walau bagaimanapun, selepas gambar itu tular di media sosial, rata-rata netizen turut geli hati melihat cara balutan yang dibuat oleh doktor tersebut.

Saya tahu tak baik mentertawakan orang lain yang sedang sakit, tapi saya minta maaf kerana tak dapat menahan gelak apabila melihat balutan luka ini, “ tulis seorang warganet.

Sumber: Thaiger News

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.