‘Nang Piyor Urang Sarawak’, Azhan Rani Sekali Lagi Jadi Tumpuan Netizen Sarawak

4 Apr 2023 • 2:07 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sampaikan orang ingat beliau berasal dari Sarawak

‘Nang Piyor Urang Sarawak’, Azhan Rani Sekali Lagi Jadi Tumpuan Netizen Sarawak. Azhan Rani berjaya menambat hati warga Sarawak dengan kapsyen pada kongsian beliau yang lucu sepanjang beliau bersiar-siar di Sarawak.

Tidak hanya itu, beliau juga mempromosi keindahan tempat-tempat di Sarawak dan juga hidangan Laksa Sarawak di tempat kegemaran beliau semasa beliau belajar di Unimas.

image is not available
‘Nang Piyor Urang Sarawak’, Azhan Rani Sekali Lagi Jadi Tumpuan Netizen Sarawak

‘Pandei kitak kelaka sarawak owhh..steady lah’ – netizen

Baru-baru ini dalam sebuah video yang dikongsi di media sosial, Azhan Rani dapat dilihat bercakap dalam bahasa Sarawak dengan fasih.

Beliau telah dipuji oleh netizen kerana kebolehannya menguasai bahasa tersebut dengan sangat lancar dan nampak natural. Siapa sangka pelakon yang berasal dari Selangor ini rupanya lancar bercakap Sarawak.

image is not available

Ada yang menyatakan beliau belajar bahasa Sarawak semasa berada di Unimas

Memang ramai orang Semenanjung yang belajar di Sarawak, tetapi tidak semua boleh lancar bertutur bahasa Sarawak. Ada pun, mesti akan ada pelatnya yang tidak dapat dibuang.

Rata-rata netizen turut teruja mendengar beliau bertutur bahasa melayu Sarawak dengan lancar sambil mempromosikan kedai kegemaran beliau.

image is not available
Sumber: Instagram

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: