
Berikutan dengan kontroversi penceraian dan konflik dengan bekas pembantu peribadi (PA) yang menimpa pada pelakon senior Mak Wan Latah, dia mengatakan bahawa kini dirinya telah dipinggirkan oleh keluarga.
Tambah pelakon berusia 61 tahun itu, Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Daud tidak sangka ada ahli keluarganya termakan hasutan dan fitnah yang tular di media sosial itu.
“Mak Wan dibenci dan tidak disukai oleh keluarga sekarang ini sebab jahat. Mak Wan ni jahat..adik yang jahat dan kak yang jahat”
Pesannya untuk tidak mudah untuk jatuh hukum terhadap seseorang tanpa mengetahui apa yang individu itu tengah lalui saat ini. Lapor mStar Online.
“Kalau keluarga tiada, siapa lagi yang nak bantu? Mak Wan punt ak jadi macam ini tetapi bila jadi macam ini semua percaya sebab termakan fitnah, nanti bersusun semua cari Mak Wan di akhirat.”
Untuk rekod, Mak Wan mula menjadi sebutan berhubung isu penceraiannya selepas 3 bulan berkahwin. Selain itu, hujung Jun lepas, wanita yang merupakan bekas PA, Amell ada kongsikan beberapa video pasal Mak Wan di TikTok.

Dia mendakwa aktres itu seorang yang panas baran selain suka melakukan perkara-perkara syirik. Malah, wanita itu turut membuat laporan polis mengenai isu kehilangan duit dan barang kemas miliknya yang mendakwa ia diambil oleh Mak Wan.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

