“Nasib tak kena cekup dengan guard” – Lelaki Selamba Pancing Ikan Dalam ‘Shopping Mall’

Entertainment
11 Oct 2024 • 11:08 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hobi memancing bukanlah hobi yang baru, namun ada beberapa peraturan yang perlu dipatuhi ketika memancing terutamanya jika ia melibatkan tempat awam.

Terbaru, seorang lelaki bertindak luar dari jangkaan apabila dia bertindak memancing di sebuah pusat beli-belah terletak di Seri Kembangan, Selangor yang mempunyai tasik di dalamnya.

Sudah pastinya, perkara itu melanggar peraturan pusat beli-belah berkenaan, video tindakan lelaki itu tular di TikTok dan mendapat perhatian ramai.

@hanzazkhan

Replying to @norfadilah17 Dia Punya Hati Kering Memang Tak Boleh Bawak Bincang. Nasib Brother Ni Tak Kene Cekup Dengan Pak Guard Mall. At Last Dia Blah Sebab Kumpau #kakipancing #hatikering #kumpau #themineshoppingmall #fyppppppppppppppppppppppp #share #follow

♬ Oh No – Kreepa

Dalam video itu, dapat dilihat lelaki berkenaan tidak mengalah meskipun ditegur oleh pengawal keselamatan di situ.

Lebih menghiburkan, lelaki berhati kering itu turut menukar tempat memancing di bahagian lain tasik tersebut.

image is not available

Lelaki berkenaan juga dilihat tenang apabila ditegur oleh pengawal keselamatan di situ sebaliknya hanya beredar selepas mendapati tiada ikan yang mengena umpannya atau kata lain ‘kumpau’.

Pun begitu, setakat artikel ini ditulis masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak pusat beli-belah berkenaan.

Aduhai, abang ni pun…

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.