
Kota Kinabalu: Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Sabah (Satta) menyokong tindakan yang diambil oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) untuk membatalkan lesen pengendali yang enggan memulangkan deposit pelancong.
Satta juga memberi amaran kepada pengendali yang menjual pakej penerbangan sewa khas sebelum mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam.
Advertisement“Tanpa kelulusan, ini bermakna penerbangan tersebut tidak wujud. Perkara ini boleh dianggap sebagai penipuan kerana ejen pelancongan mengutip deposit,” kata Pengerusi Satta, Datuk Seri Winston Liaw.
Katanya, ejen pelancongan yang menjual pakej penerbangan sewa khas mesti mendapatkan perjanjian bertulis antara ejen pelancongan berlesen dan pengendali penerbangan sewa khas dengan dokumen sokongan yang disahkan oleh syarikat penerbangan yang disewa khas.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Langkah ini bertujuan mengelakkan ejen pelancongan daripada menyalahkan pengendali penerbangan sewa khas kerana tidak memulangkan deposit kepada pelancong, katanya.
“Satta juga menggesa pihak berkuasa untuk mengawasi keselamatan industri pelancongan.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Peraturan ketat dan hukuman perlu dilaksanakan, mungkin denda sebanyak RM500,000 atau penjara lima tahun,” katanya.
Beliau mengulas mengenai tindakan Motac membatalkan lesen Layang-Layang Resort Sdn Bhd yang berkuat kuasa 6 Januari 2025.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Pesuruhjaya Pelancongan Datuk Roslan Abdul Rahman, dalam kenyataan, berkata lesen bernombor 2992 itu dibatalkan selaras Seksyen 8 Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
“Kementerian mengambil serius sebarang pelanggaran undang-undang oleh pengendali pelancongan berlesen untuk melindungi kebajikan dan kepentingan rakyat Madani,” katanya.
Dilaporkan bahawa sebuah resort di Sabah didakwa gagal memulangkan deposit kepada lebih 100 individu, termasuk pelancong asing, yang menempah pakej menyelam dengan mereka sejak 2020. Tempahan itu memerlukan deposit sebanyak 50 peratus.


