Nazrief Nazri Mohon Maaf Guna Perkataan ‘B*hsia’, Akui Pemilihan Kata Kurang Sesuai – “Kita Tengok Siapa Yang Salah Nanti…”

18 Nov 2026 • 8:16 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Nazrief Nazri Mohon Maaf Guna Perkataan ‘B*hsia’, Akui Pemilihan Kata Kurang Sesuai – “Kita Tengok Siapa Yang Salah Nanti…”

Pelakon, Nazrief Nazri tampil memohon maaf selepas mengeluarkan kenyataan sensitif berhubung isu gangguan seksual membabitkan seorang artis terkenal yang tular, baru-baru ini.Menerusi perkongsian di Threads, Nazrief mengakui pemilihan perkataannya adalah kurang sesuai dan tidak sepatutnya menggunakan gelaran tersebut.“Minta maaflah mengenai pemilihan perkataan saya. Memang tak patut saya panggil orang bohsia. Saya mengaku kesilapan saya,” tulisnya.Mengulas lanjut, Nazrief berkata dia kurang senang apabila seseorang dituduh tanpa bukti yang kukuh, terutama individu yang didakwa merupakan kenalannya.“Tapi saya tak suka orang tuduh tanpa bukti. Yang dituduh pula, saya kenal orangnya bagaimana. Jadi, tidak mengapalah, kita tengok siapa yang salah siapa yang betul nanti. Saya okay sahaja untuk mengaku kesilapan saya jika saya salah. Peace,” ujarnya.Dalam hantaran lain, pelakon drama Seribu Tahun itu turut menegaskan gangguan seksual merupakan satu kesalahan serius. Bagaimanapun, dia berpendapat tuduhan melakukan perbuatan tersebut tanpa bukti kukuh juga bukan perkara yang boleh dipandang ringan.“SA adalah satu kesalahan berat. Tetapi menuduh orang melakukan SA tanpa bukti kukuh adalah satu perkara yang lebih berat. Semoga keadilan berpihak pada pihak yang benar. Kalau betul dia salah, semoga Allah tunjuk,” kongsinya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved