“Saya juga manusia biasa, ada kekurangan” – Dr Fie Akui Khilaf & Mohon Maaf

EntertainmentLifestyle
13 Nov 2026 • 4:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft dr fie 2

Pempengaruh media sosial, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih dikenali sebagai Dr Fie, 36, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan reaksinya ketika bersiaran langsung baru-baru ini yang didakwa kurang sensitif terhadap isu melibatkan seorang individu yang meninggal dunia ketika menunggu bayaran gaji daripada suaminya, usahawan Kapten Amrul Nizar Anuar.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di aplikasi Threads, Dr Fie mengakui khilafnya dan menjelaskan bahawa dia juga manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan.

Artikel berkaitan: “Apa lagi yang kita nak dalam hidup ni?” – Dr Fie Mohon ‘Dilepaskan’ Dengan Ikhlas, Ajak Berdamai Demi Anak

Artikel berkaitan: “Korangnya pun memang la awal semuanya wangi” – Dr Fie Bagi Respon Dipertikai Tayang Kebahagiaan

“Maaf sekiranya saya terlepas pandang dengan tingkah laku saya. Saya bukan manusia sempurna. Saya juga ada kekurangan, kesilapan dan sisi kehidupan yang mungkin orang tak pernah tahu.”

“Di sebalik nama yang sedang dibicarakan, ada manusia yang punya hati, keluarga dan maruah untuk dijaga.”

Screenshot 2026 11 13 155149

“Tak pernah tergamak nak gelak-gelakkan isu sensitif. Saya hanya terkejut dengan jawapan spontan Cap (Kapten Amrul). Siapa la dengki sangat ni. Kesian dekat isteri arwah Zainol.”

Dalam pada itu, Dr Fie turut menegaskan bahawa dia enggan membalas kecaman netizen dengan kata-kata negatif, sebaliknya mendoakan agar semua pihak lebih berhati-hati dalam berbicara dan tidak mudah menjatuhkan hukum.

“Saya memilih untuk tidak membalas kebencian dengan kebencian. Semoga Allah SWT pelihara hati kita daripada terlalu mudah menghukum dan semoga kita tidak menjadi sebab seseorang terluka dengan kata-kata kita,” katanya lagi.

Screenshot 2026 11 13 155231

Dalam sesi live tersebut, responnya terhadap komen netizen mengenai individu yang meninggal dunia semasa menanti bayaran gaji daripada Kapten Amrul dianggap tidak sensitif oleh segelintir pihak.

Untuk makluman, komen netizen itu dipercayai merujuk kepada Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham, bekas pekerja Kapten Amrul yang terkorban dalam nahas helikopter di Long Lellang, Miri, Sarawak pada 8 September lalu.

Sebelum ini, isu tunggakan bayaran gaji melibatkan juruterbang di bawah syarikat milik Kapten Amrul juga pernah didedahkan oleh bekas isterinya.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved