Nearby Share Kini Boleh Hantar Fail Ke Peranti Yang Skrinnya Dimatikan

TechnologyDigital
28 Jun 2023 • 8:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nearby Share adalah jawapan Google kepada Apple Air Drop. Ciri ini semakin hari semakin menarik untuk digunakan kerana Google kerap mengemaskini menjadikannya sebagai perkhidmatan perkongsian fail terbaik untuk peranti Android.

image is not available
Skrin HONOR 90 mati, OnePlus 11 boleh hantar fail menggunakan Nearby Share

Terbaru Nearby Share telah dikemaskini dengan kemampuan menghantar fail ke peranti yang skrinnya tidak aktif. Sebelum ini Nearby Share hanya boleh digunakan apabila kedua-dua peranti skrinnya dihidupkan barulah peranti yang ingin menghantar fail itu boleh mengenalpasti peranti mana yang akan menjadi penerima.

Ciri ini dilihat terhad untuk peranti Android yang menggunakan akaun Google yang sama sahaja. Turut tidak pasti bila ciri ini diedarkan kerana ia boleh digunakan pada beberapa peranti Android yang kami gunakan di pejabat.