Nedim Dan Nadia Brian Semakin ‘Hangat’ Dilamun Cinta, Peminat Doakan Kahwin Cepat

EntertainmentLifestyle
29 Dec 2025 • 12:48 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Bukan lagi rahsia, bekas suami kepada Nora Danish yang juga usahawan popular, Nedim Nazri, dilihat semakin terbuka berkongsi hubungan cintanya dengan pelakon Nadia Brian apabila memuat naik foto mereka saling berpegangan tangan di media sosial.

Lebih manis, Nedim yang turut dikenali sebagai Boss Ned menzahirkan perasaan terhadap kekasih hatinya itu menerusi kapsyen romantis.

Advertisement
View this post on Instagram

“Dalam fikiran saya, awak yang paling saya suka,” tulisnya dalam satu perkongsian semalam.

Sementara itu, Nadia turut mengulang siar perkongsian berkenaan dan meninggalkan komen ucapan terima kasih selain menyertakan emoji hati merah sebagai tanda penghargaan buat Nedim.

Perkongsian tersebut seterusnya mencuri perhatian warganet apabila menerima pelbagai reaksi positif. Rata-rata netizen menyokong hubungan mereka dan mendoakan agar percintaan itu berakhir hingga ke jenjang pelamin.

View this post on Instagram

“Semoga kalian berdua naik pelamin cepat-cepat.”

“Nedim dan Nadia layak untuk bahagia, tumpang gembira!” komen beberapa netizen.

Sebelum ini, hubungan Nedim dan Nadia sudah mula menjadi perhatian ramai selepas mereka kerap berkongsi foto bersama menerusi akaun media sosial masing-masing, sekali gus menguatkan lagi spekulasi mengenai hubungan istimewa antara mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2025-12-29 12:04:01

Peminat Pakat Kongsi Gambar Lama, Respon Kamal Adli - "Tak Salah Pun, Ia Satu Kenangan"

The post Nedim Dan Nadia Brian Semakin ‘Hangat’ Dilamun Cinta, Peminat Doakan Kahwin Cepat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.