Neelofa manfaatkan Ramadan, baca al-Quran empat jam sehari

13 Mar 2025 • 12:51 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan dan pengacara, Neelofa manfaatkan Ramadan dengan memenuhi rutian harian dengan ibadah serta aktiviti bersama keluarga tercinta.

Ujar pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, harinya bermula seawal jam 4.30 pagi dengan melakukan ibadah sebelum bersahur secara bersederahana bersama suami, Haris Ismail.

Katanya, dia akan mengejutkan suami sepuluh minit sebelum azan dan menyiapkan diri untuk solat.

“Saya bangun 4.30 pagi, ambil air sembahyang dan solat dahulu. Kemudian bersahur dengan kurma serta air 500ml. Saya makan madu juga.

“Sepuluh minit sebelum azan, saya kejut Haris dan suapkan dia kurma. Selepas itu saya bersiap untuk solat, dia pula akan ke masjid,” katanya menerusi siaran langsung dalam TikTok.

image is not available

Neelofa manfaatkan Ramadan

Selain tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, pelakon drama Suri Hati Mr Pilot itu turut mengkhususkan masa selama empat jam sehari untuk membaca al-Quran.

“Setelah itu saya akan membaca al-Quran selama empat jam sehari. Pada pukul 11 pagi atau 12 tengah hari pula saya tidur sekejap.
“Kemudian saya akan ke dapur siapkan makanan anak-anak. Selesai solat zuhur, saya baca lagi,” jelasnya.

image is not available

image is not available

Menjelang petang, bekas pengacara MeleTOP sibuk di dapur menyiapkan juadah berbuka, termasuk membuat jus dan menggoreng karipap.

Namun, dia jarang memasak sendiri kerana ibunya sering menghantar makanan. Selain itu, Bilal juga mengajaknya membaca al-Quran, yang diselang-selikan dengan aktiviti bersama anak-anak.

Alhamdulillah, cemburu dengan masa Neelofa

Perkongsian itu menerima reaksi positif daripada netizen yang kagum dengan disiplin Neelofa dalam mengisi bulan Ramadan.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Sekadar info, Neelofa mendirikan rumah tangga bersama pendakwah bebas, Haris Ismail pada 26 Mac 2021 dan dikurniakan dua anak iaitu Muhammad Bilal, 3, dan Abdullah Abbas 1.

Sumber: TikTok lofa.page