Negara kehilangan tokoh perubatan, kesihatan – Hadi Awang kenang jasa Tun Dr Hasmah

LocalPolitics
28 Sep 2026 • 12:49 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali yang kembali ke rahmatullah pada pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN), pada usia 100 tahun.

Image from: Negara kehilangan tokoh perubatan, kesihatan – Hadi Awang kenang jasa Tun Dr Hasmah

Abdul Hadi menyifatkan Allahyarhamah sebagai tokoh perubatan dan kesihatan yang banyak mencurahkan bakti kepada masyarakat serta negara, khususnya menerusi khidmatnya dalam bidang kesihatan awam.

Menurutnya, Allahyarhamah yang pernah berkhidmat dalam bidang kesihatan awam di Kedah turut memberikan sumbangan dalam memperkukuh perkhidmatan kesihatan dan kebajikan masyarakat, termasuk dalam bidang kesihatan wanita serta kanak-kanak.

“Sesungguhnya pemergian almarhumah merupakan satu kehilangan kepada keluarga, masyarakat dan negara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Abdul Hadi turut mengenang peranan Allahyarhamah dalam pelbagai usaha kebajikan dan kemasyarakatan, selain menjadi pendamping kepada suaminya, Tun Dr. Mahathir Mohamad, sepanjang perjalanan panjang khidmat beliau kepada negara.

Beliau kemudian merakamkan ucapan takziah kepada Tun Dr. Mahathir, seluruh ahli keluarga serta sahabat handai Allahyarhamah.

Image from: Negara kehilangan tokoh perubatan, kesihatan – Hadi Awang kenang jasa Tun Dr Hasmah

Foto: MalaysiaGazette

Artikel lain: “Negara kehilangan sosok wanita inspirasi” – Fadhlina Sidek ucap takziah pemergian Tun Hasmah

“Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa almarhumah, menerima segala amal solehnya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya serta menempatkannya dalam kalangan para solihin.
“Semoga mereka dikurniakan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini,” tambahnya lagi.

Untuk info, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), pagi ini dan berita pemergian Allahyarhamah disahkan anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.

Sumber: Facebook Abdul Hadi Awang

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved