Negeri Sembilan Pertimbang Cadangan Wujud Jawatan Timbalan Exco - Ismail

LocalPolitics
4 Aug 2026 • 5:41 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Negeri Sembilan Pertimbang Cadangan Wujud Jawatan Timbalan Exco - Ismail

Negeri Sembilan Pertimbang Cadangan Wujud Jawatan Timbalan Exco - Ismail

SEREMBAN, 4 Ogos (Bernama) -- Negeri Sembilan sedang mempertimbangkan cadangan mewujudkan jawatan Timbalan Exco bagi beberapa portfolio sebagai usaha memperkukuh pentadbiran kerajaan negeri.

Menteri Besar Datuk Ismail Lasim berkata jawatan Exco secara keseluruhannya akan diisi dengan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti komponen termasuk Barisan Nasional (BN), PAS dan Parti Wawasan Negara (Wawasan).

"Kita mungkin tidak dapat menempatkan semua wakil rakyat dalam barisan Exco, jadi kita sedang mempertimbangkan untuk mewujudkan jawatan imbalan Exco bagi beberapa portfolio yang saya fikirkan penting," katanya kepada pemberita di Wisma Negeri, di sini hari ini.

Beliau berkata cadangan itu merupakan pendekatan baharu dalam pentadbiran kerajaan negeri, namun jumlah Timbalan Exco yang akan dilantik masih belum diputuskan.

Mengulas lanjut, Ismail berkata jawatan Exco Kanan pula masih belum dimuktamadkan walaupun terdapat peruntukan bagi pelantikan berkenaan.

Baca juga:

Beliau berkata pelantikan barisan Exco negeri dijangka diumumkan seawal Jumaat ini atau selewat-lewatnya Isnin depan.

Terdahulu, Ismail, 67, memulakan tugas pada hari pertamanya di Pejabat Menteri Besar di Wisma Negeri, di sini pada 9 pagi tadi, disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Zafir Ibrahim bersama ketua-ketua jabatan.

Ismail yang memenangi kerusi DUN Juasseh pada PRN Negeri Sembilan mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti, pada Ahad.

PRN Negeri Sembilan melibatkan 36 kerusi DUN dan kemenangan BN di 18 kerusi DUN serta Perikatan Nasional (PN) tujuh kerusi, membolehkan kedua-dua gabungan itu membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved