Nekad langgar kereta penjenayah

14 Aug 2022 • 10:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Polis

AMPANG - Seorang lelaki bertindak nekad melanggar kereta dinaiki tiga individu yang dipercayai cuba memecah masuk rumahnya dalam kejadian di Pandan Indah di sini, pada Khamis. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang itu, mangsa melihat sebuah kereta jenis Toyota Vios dalam keadaan mencurigakan ketika melalui hadapan rumahnya. "Mangsa cuba memintas kereta yang dinaiki tiga suspek, namun usahanya gagal apabila mereka berjaya melarikan diri," katanya dalam kenyataan pada Ahad. Katanya, mangsa kemudiannya pulang ke rumah mendapati besi pintu gril hadapan telah dipotong namun tiada sebarang kehilangan barang di dalam rumah. "Semakan nombor pendaftaran kereta dinaiki suspek mendapati ia palsu dan usaha mengesan suspek giat dijalankan. "Kes disiasat bawah Seksyen 453 Kanun Keseksaan" katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved