Warga emas ditahan cabul anak jiran usia enam tahun

8 Jan 2025 • 8:32 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Lelaki warga emas ditahan selepas dipercayai melakukan amang seksual fizikal terhadap anak jirannya yang berusia enam tahun pada Isnin lalu. Gambar hiasan

MELAKA - Lelaki warga emas ditahan selepas dipercayai melakukan amang seksual fizikal terhadap anak jirannya yang berusia enam tahun pada Isnin lalu.

Pemangku Ketua Polis Melaka, Datuk Md Nazri Zawawi berkata, suspek berusia 67 tahun ditahan oleh Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka selepas bapa kanak-kanak perempuan itu membuat laporan polis.

Menurutnya, kejadian yang menimpa mangsa itu terbongkar selepas mangsa anak kedua daripada tiga beradik menceritakan perbuatan suspek kepada bapanya berusia 31 tahun pada malam hari yang sama.

Katanya, berdasarkan maklumat suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut ketika kanak-kanak itu sedang bermain di halaman rumahnya di Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah, Alor Gajah.

"Difahamkan bapa mangsa pergi ke rumah warga emas berkenaan selepas mendengar cerita tersebut.

"Suspek mengaku telah mencabul mangsa di hadapan rumahnya ketika tiada individu lain di situ dan bapa mangsa kemudian ke Balai Polis Alor Gajah untuk membuat laporan,” katanya kepada pemberita di sini, pada Rabu.

Tambahnya suspek kini direman selama tujuh hari sehingga Isnin ini untuk membantu siasatan kes di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Sinar Harian pada Selasa menyiarkan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun direman tujuh hari selepas disyaki mencabul sepupu perempuannya berusia lima tahun di rumah ibu bapanya di Bukit Rambai di sini, pada 30 November lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved