Nelayan asing mengaku salah miliki kayu bakau tanpa permit

LocalEnvironment
18 Apr 2026 • 1:59 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Nelayan asing mengaku salah miliki kayu bakau tanpa permit

SANDAKAN: Seorang nelayan warga asing berusia 42 tahun dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Sesyen pada Rabu kerana memiliki kayu bakau tanpa permit sah.

Hakim Roslinda Razali menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Ren Ahmad mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan.

Dia didakwa di bawah Seksyen 30(1)(g)(iii) Enakmen Hutan 1968 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 30(2)(b) enakmen sama yang memperuntukkan denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah diberitahu bahawa tertuduh melakukan kesalahan itu kira-kira jam 3.30 petang, 12 Mac lalu di Sungai Batu Putih apabila didapati memiliki sembilan batang kayu bakau tanpa kebenaran sah di bawah Enakmen Hutan.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa Jabatan Perhutanan Elrimeo Emin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.