Nelayan bebas tuduhan edar 101.83g syabu 

8 Feb 2024 • 2:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang nelayan berusia 40 tahun dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada pertuduhan mengedar 101.83g syabu.

Pesuruhjaya Kehakiman Amelati Parnell melepaskan dan membebaskan Al Aznher Ahmad tanpa dipanggil membela diri, memutuskan bahawa pendakwaan gagal mewujudkan berlaku kesalahan pengedaran dadah.

Aznher didakwa melakukan kesalahan itu jam 7.45 malam, pada 7 Jan, 2021 di kawasan rumah pangsa, Kg Sembulan Tengah di sini.

Aznher pada 14 Mac, 2022 meminta dibicarakan terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu.

SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Pertuduhan itu membawa hukuman sama ada hukuman mati atau penjara seumur hidup dan minimum 15 kali sebatan rotan jika sabit kesalahan.

Aznher, yang diwakili peguam Azhier Farhan Arisin, ditahan reman sejak itu memandangkan pertuduhan terhadapnya tidak memperuntukkan ikat jamin.

Enam saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula 23 Feb, tahun lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Rustam Sanip tampil untuk pendakwaan.

Sementara itu, Aznher ketika ditemui selepas prosiding berkata dia rasa lega dan mempunyai kepercayaan penuh terhadap sistem keadilan dan usaha gigih peguamnya.

“Fokus saya kini beralih kepada anak kecil saya yang berusia tujuh tahun dan membesar tanpa kehadiran saya sebagai ayahnya sejak saya ditahan hampir empat tahun lalu.

“Sudah tiba masanya untuk saya menebus detik-detik yang hilang dan berada di sana untuk anak saya,” kata Aznher.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.