Nelayan dikhuatiri lemas bot gentian kaca terbalik

28 Aug 2026 • 5:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Nelayan dikhuatiri lemas bot gentian kaca terbalik
Pasukan penyelamat menggerakkan Operasi Carilamat bagi mengesan Sabrie (gambar kecil) yang dikhuatiri hilang selepas bot gentian kaca yang dinaikinya terbalik di perairan Pulau Tenggol pada Khamis.

DUNGUN - Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas bot gentian kaca yang dinaikinya terbalik di perairan Pulau Tenggol, di sini pada petang Khamis.

​Dalam insiden kira-kira jam 5 petang itu, mangsa, Sabrie Rusli, 32, dipercayai jatuh ke laut ketika keluar menangkap ikan seorang diri di kawasan berkenaan.

​Komander Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Abdul Halim Hamzah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Kuantan pada jam 6.25 petang.

​"Operasi Carilamat terus digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan, namun mangsa masih belum ditemui sehingga kini.

​"Sektor pencarian pada Jumaat diperluaskan merangkumi kawasan seluas 58.6 batu nautika persegi di perairan Pulau Tenggol," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

​Beliau menjelaskan, operasi pencarian tersebut melibatkan aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) iaitu bot Perkasa 49, kapal KM Jujur serta bantuan pesawat udara CL415.

​Menurut Abdul Halim, fokus dan strategi pencarian turut mengambil kira faktor semasa seperti keadaan cuaca, arah arus serta ombak di laut.

​"Komuniti nelayan atau orang awam yang menemui sebarang petunjuk atau objek berkaitan mangsa diminta untuk melepaskan maklumat dengan segera kepada pasukan penyelamat.

​"Berdasarkan maklumat awal, kali terakhir dilihat mangsa dilaporkan memakai baju T-shirt berlengan panjang berwarna kelabu putih," katanya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved