Nelayan hilang ditemui lemas berhampiran sangkar ikan

12 Nov 2025 • 6:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Nelayan yang dilaporkan hilang pada Selasa ditemui lemas berhampiran sangkar pancing di Kukup. Foto JBPM Johor
image is not available
Operasi SAR mencari nelayan yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari ketam digerakkan pasukan penyelamat. Foto JBPM Johor

PONTIAN – Seorang nelayan tempatan yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari ketam ditemui berhampiran Sangkar Pancing Barakah, Kukup pada petang Rabu.

Komander Operasi Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mahadir Mamat berkata, mangsa Tan Swee Kuan, 65, ditemui pada jam 4.20 petang pada Rabu

"Mangsa ditemui oleh anggota Polis Marin yang melakukan rondaan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jeti Kukup bagi proses pengecaman oleh ahli keluarga. Adik kandung mangsa telah mengesahkan mayat yang dijumpai sebagai abangnya," katanya.

**media[3338385]**

Sebelum ini, mangsa dilaporkan turun ke laut dari Jeti Rambah pada jam 1.30 tengah hari, Selasa, namun gagal pulang sehingga jam 7.15 malam, menyebabkan isterinya memaklumkan kejadian kepada abang ipar sebelum laporan polis dibuat.

Operasi SAR digerakkan dan bot nelayan miliknya ditemui di kawasan pokok bakau sekitar Pantai Rambah.